Khamis, 18 September 2014

Apa itu Crimson Rose?


//Crimson Rose//

Crimson Rose adalah warna yang sangat mendamaikan. Tengok saja koleksi kraf berwarna merah kat atas tu...hmmm nyaman saja. Sebenarnya ianya salah satu cabang warna merah. Orang biasa akan sebut merah. Merah ada banyak jenis merah. Nak lebih tepat lagi merah hati, merah darah, merah jambu, merah terang hatta "merah sangatla makngah" pun ada kategorinya sendiri. Hanya mereka yang membesar dalam tahun 80an saja yang faham warna "merah sangatla makngah" tu. Kalau tak salah, ianya dari satu iklan di TV (dah tak ingat iklan apa) Untuk pengetahuan mereka yang lahir pasca 1990, maksud "merah sangatla makngah" tu merah yang terang benderang, yang paling menonjol dan ada yang berpendapat...yang paling menyakitkan mata. 

Dark Crimson Rose
Bagi saya yang paling menarik dalam keluarga merah ialah Crimson Rose. Kalau nak diikutkan yang paling popular tentulah merah jambu. Tapi dimata saya kalau ditebar banyak-banyak kain macam di Jakel tu dan suruh saya pilih satu kain warna merah untuk dibuat baju kurung, dah tentu saya pilih warna merah Crimson Rose ni. Paling sesuai dipadan dengan tudung warna kelabu!!! 

Sebenarnya saya buat blog ni untuk berkongsi minat menjahit disamping menjual hasil jahitan saya. Minat menjahit ni ada sejak kecil lagi.. masa tu kaki pun tak sampai nak hayun mesin Singer arwah mak saya. Mesin jahit ni la pengubat rindu saya pada mak. Mesin "Cik Manisah" ni dah tak boleh digunakan lagi. Sekarang saya ada mesin baru tapi saya letak atas "Cik Manisah." Walaupun teknologi baru tapi "feel" nya tetap klasik dan seiring dengan citarasa saya pada banyak benda. 

"Cik Manisah"

Arwah mak memang hebat dalam seni menjahit dan memang susah untuk saya tandingi. Bukan saja skill menjahit dia saya kalah,,,saiz badan mak pun saya tak boleh lawan. Tengok la kebaya lama dia. Seingat saya dia masih pakai baju kebaya ni masa saya kecil dan saya anak bongsu dalam keluarga lima beradik. Amazing!!!
Baju Kebaya Nyonya (Circa 1950an)
Saya cuma boleh pakai kebaya ni masa saya umur 23 tahun...sebelum kahwin dulu. Hari ni...cuma boleh tengok aje la baju ni. Bak kata P.Ramlee..."bikin pusaka." 

Bercakap tentang Crimson Rose, blog ni saya dedikasikan untuk semua hasil kraf, jahitan dan "soft furnishing" yang saya buat sendiri. Kebanyakan barang saya buat dengan lebihan kain atau kain baju yang terlalu tinggi sentimental valuenya untuk di campak ke tong sampah atau diberikan pada orang lain. Saya memang menyokong "simple living lifestyle" Re-cycle, re-use, re-purpose barang yang anda sedia ada untuk kegunaan lain. Secara tak langsung kita menyumbang ke arah green living. Kurangkan sampah, kurangkan pemotongan hutan dan yang paling penting elakkan pembaziran. Malah, agama Islam pun menyuruh kita bersederhana dan bertimbangrasa pada semua makhluk lain. 

Cuba tengok entri selanjutnya untuk memilih barangan yang anda minat. Boleh beli item yang dah siap atau tempah mengikut citarasa dan pilihan kain anda. Kalau berminat untuk tempah atau beli barangan yang "one of a kind" kata orang (sebab saya cuma buat satu atau dua item yang hampir sama), yang "handmade"..oleh Malaysian lagi tuh..boleh la contact saya melalu sms, WhatsApp di +6018-9559586 atau email rosliza2072@hotmail.com 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan