Khamis, 18 September 2014

Di sini lahirnya Bagel Malaysia!

Bagel buatan Muslim 
Tanggal 31 Ogos 1957 memang tanggal keramat. Tarikh negara Malaysia mendapat kemerdekaan. Paling menarik tahun ini ialah temanya "Di sinilah bermulanya sebuah cinta" yang saya kira amat bertepatan dengan "mood" dan "emotional climate" rakyat negara kita saat ini. Tahun 2014 juga tahun keramat bagi Malaysia. Tahun ini kita diuji hebat dengan insiden MH370 dan MH17. Semoga semua roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Bagi kita yang masih bernyawa, hidup perlu diteruskan. Perjuangan kita masih belum selesai. Doa ikhlas saya semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi apa saja cabaran yang mendatang. Teringat saya pada cerita yang saya dengar dalam ceramah Ustaz Nouman Ali Khan tentang Nabi Musa. Semasa Nabi Musa di perintah oleh Allah s.w.t. untuk mengadap dan berdakwah kepada Firaun yang terkenal sebagai salah seorang pemerintah paling kejam dalam sejarah, Nabi Musa tidak memohon supaya jangan diberi pada baginda tugasan sehebat itu. Sebaliknya, Nabi Musa berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t supaya baginda diberi kekuatan untuk melaksanakan perintah Allah. Pengajarannya untuk kita ialah bila kita berdepan dengan cabaran dan tugasan yang hebat mohonlah kekuatan dari Allah supaya kita dapat laksanakannya dengan sempurna. 

Bila terkenang kisah Nabi Musa, teringat saya pada kaum yang hidup dizaman dulu seperti Kaum Madyan, Bani Israel atau Yahudi dan lain-lainnya. Bila bercakap tentang orang Yahudi, saya mesti teringat makanan yang dikatakan berasal dari kalangan orang Yahudi...bagel!! Sebenarnya pretzel juga adalah makanan yang terkenal dikalangan orang Yahudi. Tapi saya tak begitu suka makan pretzel. Bagel memang kegemaran saya malah merupakan sarapan saya setiap hari semasa saya belajar di New York. New Yorker memang sinonim dengan bagel. Di Malaysia memang agak susah nak dapat bagel. Malah tak ramai yang tahu kewujudan bagel. Kalau ada pun di restauran dan hotel bertaraf antarabangsa. Sudah tentu harganya mahal berlipat ganda. Saya sanggup buat sendiri bagel ni di rumah dan sejak 10 tahun ni dah beberapa kali saya buat untuk makan sendiri. Walaupun rupanya tak begitu menarik macam bagel yang dibeli di New York tapi rasanya sama. Kalau di"toast" dan sapu dengan cream cheese.. yummm. 
Bismillah...jom makan bagel.
Baru-baru ni saya cuba lagi buat bagel dengan resepi yang baru dan berbekalkan tips dan teknik yang lebih mantap untuk menghasilkan bagel yang sedap dan rupanya lebih cantik. Setelah saya teliti hasilnya, saya rasa saya perlu uli dengan lebih lama dan baik untuk mendapatkan doh yang lebih licin dan sempurna macam bagel professional. Projek menjahit saya letak tepi beberapa hari ni untuk beri tumpuan kepada Projek Bagel buatan Muslim di Malaysia saya. Hasilnya.... lebih baik dari yang sebelumnya. Small success for a novice bagelrie from Malaysia!!!! Anak-anak saya pada mulanya agak keberatan mencuba bagel nih sebab katanya keras (orang Asia tak biasa makan roti yang keras dan liat macam orang Eropah) Tapi bila saya bakar, sapu cream cheese dan bagi mereka cuba panas-panas. Hmmmm.... mama nak lagi bagel!! Tahun ni kami sambut Hari Malaysia pada 19 September bukan dengan nasi lemak dan roti canai seperti sarapan kami setiap pagi tapi dengan family breakfast ala New York - bagel sapu cream cheese, sausage dan scramble egg dengan coffee dan orange juice. 

Resepi yang saya cuba kali ni menggunakan instant yeast. Minggu depan saya bercadang nak cuba resepi baru menggunakan "sourdough". Sekarang saya dalam proses untuk membuat "sourdough" saya sendiri. Inilah rupa sourdough yang baru saya buat. Mengikut resepi yang saya ambil ni sourdough ni mengambil masa 5 hari untuk cukup "matang" Tunggu entri saya yang akan datang untuk lihat hasil bagel saya menggunakan homemade sourdough ni. Tungguuuuu....
"sourdough" day 1
"sourdough" day 2




















Saya memang bercadang untuk terima tempahan kalau ada yang berminat untuk merasa bagel atau menjadikan bagel sebagai salah satu sajian dalam restaurant, cafe atau kedai makanan "Western food" yang mereka usahakan. Kalau berminat kita boleh rundingkan jumlah tempahan dan cara penghantaran. Satu perkara yang bagus tentang bagel ni...ianya tahan lama. Kalau disimpan dalam freezer boleh tahan hingga 3 bulan lamanya. Kalau di New York selain dari "fresh bagel" yang boleh dibeli di cafe dan bakeries memang ada bagel yang dijual di bahagian frozen food. Balik ke rumah kita cuma perlu toast dan makan. Kalau nak tahu lebih lanjut sila ikuti kisah Bagel Malaysia saya di masa akan datang. InSyaa Allah, kalau ada rezeki dan diberi kekuatan mungkn Bagel Malaysia saya boleh menebusi pasaran makanan halal di Eropah!!! Wawasan untuk globalization mesti ada dan saya sandarkan seluruh harapan saya kepada kekuatan dari Allah s.w.t.
Hubungi saya SMS,WhatsApp +6018-9559586 atau rosliza2072@hotmail.com



Apa itu Crimson Rose?


//Crimson Rose//

Crimson Rose adalah warna yang sangat mendamaikan. Tengok saja koleksi kraf berwarna merah kat atas tu...hmmm nyaman saja. Sebenarnya ianya salah satu cabang warna merah. Orang biasa akan sebut merah. Merah ada banyak jenis merah. Nak lebih tepat lagi merah hati, merah darah, merah jambu, merah terang hatta "merah sangatla makngah" pun ada kategorinya sendiri. Hanya mereka yang membesar dalam tahun 80an saja yang faham warna "merah sangatla makngah" tu. Kalau tak salah, ianya dari satu iklan di TV (dah tak ingat iklan apa) Untuk pengetahuan mereka yang lahir pasca 1990, maksud "merah sangatla makngah" tu merah yang terang benderang, yang paling menonjol dan ada yang berpendapat...yang paling menyakitkan mata. 

Dark Crimson Rose
Bagi saya yang paling menarik dalam keluarga merah ialah Crimson Rose. Kalau nak diikutkan yang paling popular tentulah merah jambu. Tapi dimata saya kalau ditebar banyak-banyak kain macam di Jakel tu dan suruh saya pilih satu kain warna merah untuk dibuat baju kurung, dah tentu saya pilih warna merah Crimson Rose ni. Paling sesuai dipadan dengan tudung warna kelabu!!! 

Sebenarnya saya buat blog ni untuk berkongsi minat menjahit disamping menjual hasil jahitan saya. Minat menjahit ni ada sejak kecil lagi.. masa tu kaki pun tak sampai nak hayun mesin Singer arwah mak saya. Mesin jahit ni la pengubat rindu saya pada mak. Mesin "Cik Manisah" ni dah tak boleh digunakan lagi. Sekarang saya ada mesin baru tapi saya letak atas "Cik Manisah." Walaupun teknologi baru tapi "feel" nya tetap klasik dan seiring dengan citarasa saya pada banyak benda. 

"Cik Manisah"

Arwah mak memang hebat dalam seni menjahit dan memang susah untuk saya tandingi. Bukan saja skill menjahit dia saya kalah,,,saiz badan mak pun saya tak boleh lawan. Tengok la kebaya lama dia. Seingat saya dia masih pakai baju kebaya ni masa saya kecil dan saya anak bongsu dalam keluarga lima beradik. Amazing!!!
Baju Kebaya Nyonya (Circa 1950an)
Saya cuma boleh pakai kebaya ni masa saya umur 23 tahun...sebelum kahwin dulu. Hari ni...cuma boleh tengok aje la baju ni. Bak kata P.Ramlee..."bikin pusaka." 

Bercakap tentang Crimson Rose, blog ni saya dedikasikan untuk semua hasil kraf, jahitan dan "soft furnishing" yang saya buat sendiri. Kebanyakan barang saya buat dengan lebihan kain atau kain baju yang terlalu tinggi sentimental valuenya untuk di campak ke tong sampah atau diberikan pada orang lain. Saya memang menyokong "simple living lifestyle" Re-cycle, re-use, re-purpose barang yang anda sedia ada untuk kegunaan lain. Secara tak langsung kita menyumbang ke arah green living. Kurangkan sampah, kurangkan pemotongan hutan dan yang paling penting elakkan pembaziran. Malah, agama Islam pun menyuruh kita bersederhana dan bertimbangrasa pada semua makhluk lain. 

Cuba tengok entri selanjutnya untuk memilih barangan yang anda minat. Boleh beli item yang dah siap atau tempah mengikut citarasa dan pilihan kain anda. Kalau berminat untuk tempah atau beli barangan yang "one of a kind" kata orang (sebab saya cuma buat satu atau dua item yang hampir sama), yang "handmade"..oleh Malaysian lagi tuh..boleh la contact saya melalu sms, WhatsApp di +6018-9559586 atau email rosliza2072@hotmail.com